BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

http://zalehamuda.blogspot.com

YANG TERINDAH...

Saturday, January 9, 2010


Tentang Waktu...


Ambillah waktu untuk berfikir,
itu adalah sumber kekuatan;
Ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa 
muda yang abadi;
Ambillah waktu untuk berdoa,
itu adalah sumber ketenangan;
Ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah sumber kebijaksanaan;
Ambillah waktu untuk mencintai,
dan dicintai, itu hak istimewa yang diberikan Tuhan;


Ambillah waktu untuk tertawa,
itu adalah muzik yang menggetarkan hati;
Ambillah waktu untuk memberi,
itu membuat hidup lebih bererti;
Ambillah waktu untuk bekerja,
itu adalah nilai keberhasilan;
Ambillah waktu untuk beramal,
itu adalah kunci menuju SYURGA.
                                                                                         


6 langkah segarkan hubungan


1. Ubah panggilan
kalau dulu memanggil abang atau nama isteri kali ini tukar nama panggilan untuk pasangan. Panggilan 'sayang', 'darling' atau apa saja yang kedengaran lebih mesra dan romantis.


2. Ambil cuti
bila timbul rasa bosan terhadap perhubungan maka sudah masanya untuk  anda mengambil cuti bersama pasangan. Cari lokasi yang anda berdua sukai dan habiskan masa berdua bersama anak-anak.




3. Keluar berdua
Sekiranya tidak mampu mengambil cuti, carilah masa untuk keluar berdua dengan pasangan. Boleh jadi makan malam bersama, menonton wayang di hujung minggu atau makan tengah hari di waktu kerja.


4. Berikan kejutan 
Tak perlu menunggu hari lahir pasangan untuk melakukan kejutan. Berikan hadiah pada hari-hari biasa sebagai tanda anda menghargainya.


5. Lakukan sesuatu yang baru
Cari hobi baru yang boleh dilakukan bersama. Kalau sebelum ini asyik bermain layang-layang di taman rekreasi. apa kata cuba hobi baru yang lebih mencabar dengan pasangan seperti memandu go-kart.


6. Imbas kembali kenangan bercinta
Ajaklah pasangan kembali ke tempat pertemuan pertama, tempat anda dilamar ataupun restoran kegemaran anda sewaktu bercinta. Tempat sebegini akan mengimbas kenangan yang membahagiakan dan pastinya akan membuatkan anda berdua tersenyum sendiri.