BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

http://zalehamuda.blogspot.com

YANG TERINDAH...

Saturday, October 16, 2010

PENGANGKUTAN UDARA PERSENDIRIAN PADA MASA DEPAN

MESIN SIPUT MODEN

MOUSE PADA MASA HADAPAN

MESIN OUTOMASI PEMINDAH BARANG

ROBOT VIOLINIST

ROBOT MELAKUKAN GERAKAN SOLAT

Wednesday, October 13, 2010

Thursday, October 7, 2010

SISTEM ROBOTIK PASUKAN INFANTRI

1.    BigDog


BigDog merupakan sistem robotik yang dihasilkan untuk membantu anggota infantri membawa segala peralatan dan kelengkapan yang perlu dibawa semasa operasi. Robot ini menyerupai seekor anjing atau keldai. Dengan sebahagian besar atau keseluruhan kelengkapan tambahan yang mungkin berupa beg galas dan sistem peluru tambahan yang dibawa oleh BigDog, anggota infantri akan sampai ke garisan hadapan dengan lebih bertenaga untuk menghadapi ancaman atau serangan musuh. Keunikan BigDog ialah  ia merupakan sistem robotik pintar yang mampu dikawal oleh pengendalinya dengan menggunakan sistem arahan dan kawalan jarak jauh.

2.    Ular Robotik


Ular robotik  merupakan percubaan yang tidak dapat dilalui oleh sistem kenderaan robotik, baik secara runut ataupun roda. Sistem mekanikal yang unik dan menyerupai sistem pergerakan otot ular digunakan untuk membolehkan sistem ini bergerak dan apabila dilengkapkan dengan sistem penderia optik dan elektronik pada bahagian depannya. Ular robotik mampu bergerak atau menyusur melalui lubang, di dalam batang paip atau kawasan di celah rekahan bangunan, selain memanjat tiang dan pokok untuk melaksanakan tugasnya. Keunikan sistem ular robotik ini memberikan ciri-ciri halimunan yang amat sukar dikesan oleh pihak musuh.
3.    BEAR (Battlefield Extractiobn-Assist Robot)

BEAR merupakan sejenis sistem robotik yang menyerupai sistem badan manusia yang akan digunakan bagi mengangkat dan membawa anggota tentera di kawasan pertempuran ke kawasan selamat untuk mendapatkan rawatan. Sistem ini dipadankan dengan sistem kerangka luaran yang diperbuat dari bahan kalis peluru, tembakan dari pihak musuh tidak akan mendatangkan apa-apa kerosakan besar kepada robot. Selain itu juga, ia sedikit sebanyak akan melindungi bahagian anggota badan anggota infantri yang tercedera ke tempat yang selamat dengan membelakangkan arah dari kedudukan musuh.


4.    Crusher
Crusher pula merupakan sejenis kenderaan bersaiz besar yang boleh digunakan di kawasan operasi yang mempunyai bentuk mukabumi yang mencabar. Kenderaan robotik ini diperbuat dari bahan aluminium kekuatan tinggi serta titanium yang mampu menyerap impak dan hentakan ke bahagian bawah dan sisi objek seperti bongkah batu besar serta tunggul pokok. Bahagian hadapannya juga direka bentuk agar ia dapat menyerap impak akibat dari perlanggaran dengan objek keras bahagian hadapan. Penggunaan sistem kenderaan robotik seperti Crusher adalah pelbagai dari menghantar bekalan logistik ke kawasan yang sukar dicapai melalui jalan darat akibat bentuk muka bumi yang amat tercabar, sehinggalah sebagai kenderaan mencari dan menyelamat di kawasan yang mempunyai keadaan persekitaran yang amat mencabar, seperti di lereng gunung atau lembah yang tidak stabil.



5.    FIDO/ Packbot
FIDO/PackBot adalah merupakan sistem kenderaan robotik kecil yang digunakan sebagai peninjau atau membantu pasukan pemusnah bom/bahan letupan dikawasan hadapan konflik. Kenderaan-kenderaan ini merupakan sistem robotik khusus yang mempunyai daya mobiliti yang tinggi yang membolehkannya melaksanakan pergerakan yang mungkin sukar dilakukan oleh sistem robotik seperti MDARS yang mempunyai pergerakan yang lebih kepada sebuah kenderaan biasa menggunakan sistem roda. FIDO/PackBot mempunyai sistem pendorongan yang menggunakan runut serta disokong oleh mekanisma pergerakan tambahan yang akan memberikannya kemampuan melakukan pergerakan yang tidak dapat dilakukan oleh sistem roda mahupun runut biasa. PackBot adalah kecil, ia boleh digunakan untuk memasuki ruang atau lubang yang bersaiz kecil yang tidak boleh dimasuki oleh anggota tentera dan melakukan peninjauan serta melaksanakan beberapa siri operasi seperti memusnahkan bom/bahan letupan, mahupun mengumpulkan contoh atau bahan bagi tujuan ujian pengenalan dari garis hadapan. PackBot juga bersifat modular dengan lengan kerjanya boleh dipasangkan dengan pelbagai jenis sistem  dari penderia elektronik dan optik sehinggalah lengan robotik fizikal yang boleh dimanipulasikan untuk menjalankan tugas seperti memegang, mengangkat, memotong mahupun mengubah kedudukan sesuatu objek secara fizikal.