6 langkah segarkan hubungan
1. Ubah panggilan
kalau dulu memanggil abang atau nama isteri kali ini tukar nama panggilan untuk pasangan. Panggilan 'sayang', 'darling' atau apa saja yang kedengaran lebih mesra dan romantis.
2. Ambil cuti
bila timbul rasa bosan terhadap perhubungan maka sudah masanya untuk anda mengambil cuti bersama pasangan. Cari lokasi yang anda berdua sukai dan habiskan masa berdua bersama anak-anak.
3. Keluar berdua
Sekiranya tidak mampu mengambil cuti, carilah masa untuk keluar berdua dengan pasangan. Boleh jadi makan malam bersama, menonton wayang di hujung minggu atau makan tengah hari di waktu kerja.
4. Berikan kejutan
Tak perlu menunggu hari lahir pasangan untuk melakukan kejutan. Berikan hadiah pada hari-hari biasa sebagai tanda anda menghargainya.
5. Lakukan sesuatu yang baru
Cari hobi baru yang boleh dilakukan bersama. Kalau sebelum ini asyik bermain layang-layang di taman rekreasi. apa kata cuba hobi baru yang lebih mencabar dengan pasangan seperti memandu go-kart.
6. Imbas kembali kenangan bercinta
Ajaklah pasangan kembali ke tempat pertemuan pertama, tempat anda dilamar ataupun restoran kegemaran anda sewaktu bercinta. Tempat sebegini akan mengimbas kenangan yang membahagiakan dan pastinya akan membuatkan anda berdua tersenyum sendiri.
Saturday, January 9, 2010
Posted by zaleha at 11:34 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment