BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

http://zalehamuda.blogspot.com

YANG TERINDAH...

Sunday, March 21, 2010


KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Matlamat pendidikan Teknologi Maklumat ( TM ) dapat dicapai dengan wujudnya pertalian erat antara Kurikulum,Pedagogi dan Pentaksiran. Kurikulum TM digubal dalam konteks pengajaran / pembelajaran bestari dan disokong oleh pentaksiran berasas kriteria.Dalam kata yang lain, pelaksanaan kurikulum teknologi maklumat berasaskan kepada paradigma baru dalam pendidikan (Voogt dan Odenthal, 1997, 1999) yang menekankan kepada pemahaman dan penguasaan proses. Dalam pendekatan ini, pelajar memainkan peranan aktif dalam menentukan haluan (self directed) dan kemajuan (self pace) pembelajaran masing-masing.Ke arah meguasai pengetahuan dan kemahiran yang ditetapkan, pelajar.
Pentaksiran berasaskan sekolah akan digunakan oleh pelajar untuk membolehkan mereka mengukur tahap penguasaan pengetahuan / kemahiran / sikap mereka berbanding kriteria yang ditetapkan.Pentaksiran berasaskan sekolah dilaksanakan dengan tujuan untuk membolehkan pelajar memperbaiki pencapaian diri (assessment for better learning).
Pelaksanaan pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut guru untuk mengubah peranan mereka; daripada "tuan" kepada "pembantu", daripada "pengarah" kepada "penyelia", daripada "diktator" kepada "fasilitator". Pelajar menentukan dan merancang pembelajaran sementara guru pula bertindak memastikan pelajar berjaya melaksanakan rancangan pembelajaran mereka dan mencapai kriteria yang telah ditetapkan.
2.Pengajaran Berbantukan Komputer ( Computer Assisted Instruction, CAI )
2.1Integrasi Bahan Kursus CAI dalam bilik darjah
Antara aspek-aspek mustahak dalam CAI ialah pembangunan bahan kursus, mengintegrasi bahan CAI dengan aktiviti bilik darjah, untuk mendapat sistem komputer, untuk mengedar bahan kursus CAI dan untuk menentukan keberkesanan CAI dalam bilik darjah.
Bagi setiap topik / tajuk dalam CAI telah direka beberapa unit seperti verbal, latih tubi, tutorial, simulasi dan pertanyaan bergantung kepada kumpulan pelajar sasaran. Sebagai tenaga pengajar yang akan menggunakan komputer sebagai medium pengajaran dengan berkesan, seseorang patut tahu tentang kelebihan dan kelemahan sebuah komputer.




Senapang Colt M16A4 adalah generasi keempat dari sistem senjata M16. Raifal M16A4 masih yang mewakili standard dunia mana semua senjata lain daripada kelas ini dihakimi. Its memerangi prestasi terbukti disahkan oleh kenyataan bahawa lebih daripada 8 juta sistem senjata M16 telah dikeluarkan dan ditempatkan di latihan ketenteraan di seluruh dunia. Dengan nota yang tak tertandingi oleh sistem senjata lainnya, tidaklah menghairankan bahawa Kor Marin AS menganggap ada untuk menjadi "... ada perkhidmatan yang lebih baik senjata di dunia saat ini". Senapang Colt M16A4, sekarang dalam produksi, kinerja ciri identik dengan M16A2. Perbezaan fizikal antara dua senjata termasuk removable membawa menangani dengan rel-mount integral system pada M16A4. Ketika menangani membawa dihapuskan, peranti aksesori dengan rel grabber, seperti pemandangan optik, boleh dipasang di senjata. Raifal M16A4 barel yang direka untuk menerima M203 yang boleh dengan mudah berkumpul untuk raifal menawarkan pengguna titik dan daerah baik kemampuan menembak. Juga, semua AS dan NATO bom tangan senjata bisa ditembakkan tanpa alatan tambahan. Konsep-konsep baru yang cepat penyebaran, mobiliti dan peningkatan daya tembak yang memainkan bahagian penting dalam keseluruhan strategi perang moden. Peningkatan penekanan sekarang disimpan di unit-unit taktikal kecil yang mampu "masuk dan keluar" cepat.Peningkatan keperluan akan ringan, sangat bisa diandalkan, perkhidmatan tepat raifal dengan tambahan daya tembak kerana itu ada. Senapang Colt M16A4 adalah raifal utama di 5.56mm.

Thursday, March 4, 2010


Panduan Memilih Jantina Anak

Kadang-kala apabila wujud persoalan anak lelaki atau perempuan yang diingini, pelbagai jawapan akan diberikan. Ada yang berkehendakkan anak lelaki kerana anak lelaki dilihat lebih bersifat pemimpin dan akan menjadi ketua keluarga. Tidak kurang juga ada yang mendambakan anak perempuan kerana beranggapan anak perempuan lebih mudah dilentur dan diajar.
Malah persoalan anak lelaki atau perempuan ini dilihat sangat penting bagi sesetengah bangsa terutamanya masyarakat Cina yang lebih mengutamakan anak lelaki apabila berbicara tentang harta dan kesinambungan waris keturunan keluarga. Walaupun dalam semua hal yang berkaitan dengan ciptaan manusia, segala-galanya adalah atas kekuasaan Allah s.w.t.
Dalam dunia perubatan, pilihan dan kaedah merancang jantina anak menjadi penting untuk mengelak masalah kesihatan akibat penyakit bawaan baka seperti penyakit ‘hemophilia’ iaitu sejenis penyakit yang ada kaitan dengan darah. Penghidapnya iaitu anak lelaki mengalami kesulitan dalam pembekuan darah menyebabkan darah tidak berhenti mengalir dari luka. Justeru dalam konteks ini, jika jantina anak dapat ditetapkan, penyakit ini dapat dielakkan.
Sejak zaman-berzaman manusia telah menggunakan pelbagai cara dan teknik dalam usaha merancang jantina anak. Salah satu cara menentukan jantina ini ialah melalui kiraan bulan yang sering diamalkan oleh masyarakat Cina. Menurut kaedah ini, jika kehamilan dihasilkan pada bulan tertentu, maka anak lelaki akan dilahirkan, manakala persenyawaan benih yang berlaku pada bulan yang lain menghasilkan anak perempuan.
Mengikut teori sains, penentuan jantina ini adalah terletak pada benih pihak suami. Ini kerana benih lelaki atau sperma yang mengandungi berjuta-juta benih itu memiliki kedua-dua kromosom iaitu X dan Y manakala telur wanita hanya mengandungi kromosom X. Bagi menghasilkan anak lelaki, telur memerlukan kromosom Y daripada benih suami manakala kromosom X diperlukan bagi menghasilkan anak perempuan. Pada kebiasaannya antara beratus-ratus juta benih lelaki yang dikeluarkan selepas persetubuhan, bilangan benih yang membawa faktor jantina lelaki (Y) dan perempuan (X) adalah lebih kurang sama.
Jika pasangan ingin mendapatkan anak lelaki mereka dinasihatkan supaya mengadakan persetubuhan tepat pada ketika isteri melalui proses kesuburan iaitu pada hari yang ke-13 atau ke-14 selepas hari pertama haid. Pada masa ini, pasangan tidak boleh melakukan persetubuhan beberapa hari sebelum waktu subur tetapi boleh meneruskannya selepas waktu subur itu.
Sesetengah pakar perubatan berpendapat jika pH dalam vagina boleh diubah kepada keadaan sedikit beralkali, ada kemungkinan anak lelaki dihasilkan. Justeru, dalam hal ini, Keadaan pH vagina dapat diubah dengan melakukan prosedur yang digelar ‘douching’ atau membasuh bahagian dalam vagina dengan cecair khas seperti ‘sodium bicarbonate’ 8.4 peratus. Kaedah ‘douching’ ini memerlukan satu alat seperti tiub dimasukkan ke dalam vagina dan kemudian cecair khas dipancutkan kedalamnya.
Manakala bagi mendapatkan anak perempuan, pasangan dinasihatkan agar melakukan persetubuhan 24 jam sebelum pengeluaran telur iaitu pada hari ke-11 atau ke-12. Pasangan dinasihatkan tidak melakukan persetubuhan empat atau lima hari selepas persetubuhan pertama berlangsung. Selain itu, kaedah ‘douching’ boleh digunakan dengan menggunakan cecair yang mengandungi sedikit asid seperti ‘Lactacyd’ setengah jam sebelum melakukan persetubuhan.
Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa, seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, juga mendapati sekiranya pasangan berkehendakkan anak lelaki, ibu disyorkan supaya mengambil makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan makanan yang bergaram.
Manakala bagi mendapatkan anak perempuan pula, pengambilan makanan yang mengandungi lemak dan makanan berasaskan susu perlu diambil dalam kuantiti yang banyak.
Dalam erti kata lain, makanan yang banyak kalsium menggalakkan kemungkinan untuk mendapat anak perempuan dan amalan pemakanan sebaliknya iaitu lebih sodium (garam) daripada kalsium, meningkatkan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki.
Menurut kajian, ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan mengikut kaedah ini memiliki peluang memiliki anak dengan jantina pilihan di antara 75 hingga 80 peratus tetapi hasil akan menurun 55 hingga 65 peratus jika pengambilan makanan yang disyorkan ini tidak dipatuhi.
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan menerusi tahap kepuasan isteri ketika melakukan persetubuhan iaitu ketika isteri mendapat kepuasan yang tinggi, cecair beralkali akan dikeluarkan seterusnya merangsang pergerakanan benih Y suami yang berupaya menghasilkan anak lelaki. Manakala proses sebaliknya pula bagi mendapatkan anak perempuan kerana dalam keadaan tersebut, cecair berasid yang merangsang pergerakan benih X akan dikeluarkan.
Selain daripada kaedah-kaedah yang disebutkan di atas, menerusi jaringan teknologi moden kini, penentuan jantina anak juga dapat dilakukan menerusi suatu kaedah yang dipanggil ‘chromatography’. Kaedah yang telah digunapakai oleh negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat ini menggunakan kaedah pemisahan benih X dan Y.
Menerusi kaedah ini, benih lelaki akan dikeluarkan tanpa persetubuhan ataupun diperolehi menerusi sarung kondom selepas persetubuhan. Kemudian benih itu menjalani satu proses pemisahan benih Y dengan benih X. Setelah dipisahkan, benih yang dipilih kemudian disuntikkan ke dalam rahim isteri pada waktu yang tertentu iaitu pada ketika ia mengeluarkan telur.
Terdapat banyak cara boleh digunakan untuk memisahkan benih Y dan X ini dan antaranya adalah Kaedah Ericson yang menggunakan albumin di dalam prosesnya. Walaubagaimanapun, cara ini tidak menjamin kejayaan seratus peratus. Ada yang mengatakan kadar kejayaan bagi jantina yang dikehendaki ialah dalam lingkungan 70 peratus sahaja.
Alternatif lain untuk mendapatkan jantina pilihan adalah suatu kaedah yang ditemui dalam kajian ahli biologi Perancis, Patrick Schoun. Kaedah yang dinamakan Choice ini menggunakan Kitaran Polariti, iaitu suatu kaedah semula jadi tanpa perlu mengambil sebarang suntikan atau ubat-ubatan.
Kaedah ini memegang teori bahawa kitaran polariti dipengaruhi oleh suatu faktor yang disebut sebagai ‘faktor ionik’ dan dapat diramal seperti juga kitaran haid yang berlaku setiap bulan. Semasa kitaran polariti berlaku, faktor ionik ini akan menghasilkan caj pada membran ovum (telur) dan sperma. Apabila caj pada membran ovum adalah neutral, sperma yang membawa kromosom X atau Y akan bergabung dengan ovum dan menyuburkannya.
Justeru, apabila caj pada membran ovum adalah positif, ia akan menarik sperma yang membawa kromosom X (yang bercaj negatif) dan menghasilkan bayi perempuan. Sebaliknya, apabila caj pada membran ovum adalah negatif, ia akan menarik sperma yang membawa kromosom Y (yang bercaj positif) dan menghasilkan bayi lelaki.
Teknik yang telah dibawa ke Malaysia sejak 2001 ini mendapati terdapat kira-kira 70 hari dalam setahun untuk setiap polariti. Ini bermakna setiap pasangan suami isteri mempunyai kira-kira 70 hari dalam setahun untuk mendapat anak lelaki dan 70 hari lagi untuk mendapat anak perempuan. Manakala 200 hari lagi memberikan peluang sama rata untuk mendapat jantina anak yang diingini.
Berbanding kaedah-kaedah lain yang dinyatakan, kaedah ini terbukti 98.7 peratus berkesan menerusi ujian klinikal yang telah dijalankan.
Walaupun pelbagai kaedah diperkenalkan bagi membantu pasangan memiliki anak dengan anak pilihan, Allah s.w.t. jualah yang menentukan ‘biru’ atau ‘merah jambu’ yang dimiliki kelak. Apa yang penting, anak yang dilahirkan sihat dan cukup sifatnya walaupun bukan jantina yang dihajati.

Tuesday, February 23, 2010

Tuesday, February 2, 2010


Berita baik bagi pemandu kenderaan terutama pemandu bas yang berhadapan dengan masalah mengantuk ketika memandu.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya menghasilkan sebuah sistem peranti yang mampu mengesan tahap kesedaran pemandu-pemandu kenderaan bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya.
Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan UTM, Prof. Dr. Ruzairi Abdul Rahim berkata, peranti yang dikenali sebagai Smart Nap Alert System itu akan berfungsi apabila pemandu mula menunjukkan tanda-tanda keletihan, mengantuk atau tersengguk ketika memandu.
"Sistem peranti ini terbahagi kepada dua iaitu penderia yang dipasang di bahagian telinga dan peranti kawalan yang dipasang di dalam kenderaan.
"Apabila pemandu tersengguk, penggera akan berbunyi sekali gus menyedarkan pemandu serta penumpang,

Monday, February 1, 2010

Kenali Linux menerusi Internet 
Linux adalah sejenis sistem pengoperasian yang telah dibangunkan oleh seorang pelajar dari Universiti Helsinki, Finland yang bernama Linus Torvalds. Kerja-kerja pembangunan bagi sistem pengoperasian ini dimulakan oleh Linus pada tahun 1991 dan beliau melancarkan versi 0.02 pada tahun yang sama. Pada tahun 1994 pula beliau melancarkan versi 1.0 dan seterusnya versi 2.0 iaitu versi yang digunakan sekarang ini.
Sistem pengoperasian Linux ini dibangunkan di bawah GNU General Public License atau Lesen Awam Umum dan kod perisiannya boleh didapati secara percuma oleh sesiapa jua. Namun begitu ini tidak bermakna Linux dan semua variasinya adalah percuma kerana sesiapa yang membangunkan variasi Linux berasaskan kod Linux ini boleh menjualnya secara terbuka. Linux telah digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti rangkaian, pembangunan perisian dan platform bagi kegunaan am. Berdasarkan kepada kepelbagaian kegunaan Linux ia agak popular di seluruh dunia dan banyak digunakan oleh para pengaturcara untuk kegunaan peribadi. Malah kini terdapat pelbagai projek untuk memvariasikan sistem pengoperasian Linux bagi membolehkan ia digunakan dengan pelbagai jenis perkakasan.


Berdasarkan kepada kepopularan sistem pengoperasian ini maka terdapatlah beberapa laman Web yang dibangunkan semata-mata untuk berkongsi maklumat tentang variasi Linux dengan pengguna lain. Hampir kesemua laman Web ini membentangkan sejarah Linux dan maklumat am mengenai Linux. Selain daripada itu terdapat juga sebuah laman Web tempatan yang berkisar tentang Linux dan ianya dibangunkan oleh sekumpulan pengguna Linux di Malaysia.
Laman Web seterusnya ialah Linux Documentation Project (http://www.ibiblio.org/mdw/) yang terbahagi kepada General Linux Information, Linux Documentation Project, Linux Development Projects, Commercial Linux Products, Linux Links, Linux Usenet Newsgroups dan LDP Search. Bahagian Linux Documentation Project akan membentangkan maklumat berkenaan projek pendokumentasian Linux seperti panduan, cara menggunakan Linux dan buletin Linux Gazette. Manakala bahagian Commercial Linux Products pula menyenaraikan peta pengedaran Linux, CD-ROM, buku, perisian dan perkakasan serta sistem kelengkapan yang menggunakan Linux.

Laman Web kedua yang kita akan singgah ialah Linux Online (http://www.linux.org/) yang dikatakan laman Web rasmi berkenaan Linux dalam Internet. Laman Web ini mempunyai pelbagai maklumat mengenai Linux, termasuklah senarai pemacu perkakasan dan penjual perisian berasaskan Linux. Laman Web ini juga menyediakan perkhidmatan mendapatkan maklumat berkaitan Linux daripada pelbagai syarikat yang menggunakan atau membangunkan variasi Linux.
Laman Web Linux Online ini terbahagi kepada General Info, Help Center, Distributions, News, Coming Events, User Groups, Applications, Hardware, Projects, Vendors, Services dan Search. Bahagian yang paling menarik adalah General Info di mana terdapat pelbagai maklumat teknikal mengenai Linux dan juga temuramah khas dengan Linus Tervolds. Menurut laman Web ini terdapat seramai 60830 pengguna Linux yang berdaftar dan 28033 buah sistem komputer yang menggunakan Linux. Walaubagaimanapun pengguna Linux yang tidak berdaftar adalah dianggarkan melebihi lima juta orang di seluruh dunia. Menurut laman Web ini juga terdapat 120 pengguna berdaftar di Malaysia dan lebih kurang 30000 pengguna yang tidak berdaftar.
Laman Web seterusnya yang terdapat dalam senarai saya ialah Linux Resources (http://www.linuxjournal.com) yang juga dikenali sebagai The Linux Journal. Laman Web ini terbahagi kepada About Linux, In The News, Support, Community, Business dan Software. Dalam senarai yang disediakan dalam laman Web ini terdapat cara-cara untuk mendapatkan Linux dan variasinya serta beberapa panduan penggunaannya.
Laman Web seterusnya ialah Linux V2 Headquarters (http://www.linuxhq.com) yang memaparkan pengemaskinian perisian sistem operasi Linux, perisian tambahan dan pelbagai variasi perisian tersebut. Dalam laman Web ini anda boleh memindah terima tiga versi Linux iaitu Linux 2.1.95, Linux 2.1.94 dan Linux 2.1.93. Tidak terkecuali anda juga boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai versi terbaru Linux iaitu versi 2.1.

Seterusnya kita singgah pula di laman Web Red Hat Software (http://www.redhat.com/) iaitu pembangun bagi sistem pengoperasian Red Hat Linux 7.0 iaitu sistem pengoperasian yang telah berjaya memenangi anugerah sistem operasi rangkaian terbaik daripada majalah Infoworld. Syarikat Red Hat adalah sebuah syarikat pembangunan perisian komputer yang menjual produk dan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan Linux.
Syarikat Red Hat ini juga menyediakan perkhidmatan pembangunan perisian berasaskan Linux dengan harga yang berpatutan. Selain daripada itu laman Web ini juga menyediakan maklumat am mengenai Linux, manakala syarikat Red Hat pula menerbitkan buku, perisian applikasi dan bantuan teknikal yang berkaitan dengan sistem pengoperasian ini. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentangnya silalah singgah di laman Web ini.

Selepas itu mari kita singgah di laman Web Linux Now (http://www.linuxnow.com) iaitu sebuah laman Web yang mempunyai simpanan dokumen, panduan pemasangan dan perbandingan sistem pengoperasian. Di samping itu ia juga mempunyai segmen panduan mengenai penggunaan Linux dan sebuah ruang perbincangan bagi para pengguna Linux.
Laman Web yang terakhir untuk anda kunjungi ialah My Linux (http://www.my-linux.org) iaitu laman Web para pengguna Linux di Malaysia. Laman Web ini terbahagi kepada kategori projek, arah Linux, sukarela, sumber, perkhidmatan dan FTP. Laman Web ini masih belum lengkap lagi dan mengharapkan para sukarelawan untuk melengkapkan laman Web ini dengan maklumat terkini serta bahan-bahan yang berkaitan dengan Linux. Jika anda adalah pengguna dan peminat Linux tempatan bertandanglah ke laman Web ini.